Artikel ini suami saya kongsikan bersama di facebook. Berbanding dengan suami, memang dia lebih penyabar berbanding saya hehe
Apapun jom baca & share. Wajib buat semua ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai adik kecil membacanya c:
"Anak berusia 1.5 tahun hingga 3 tahun suka memberontak, buang barang, merajuk dan mengamuk.
Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.
Mempunyai skil bagaimana menangani anak-anak kecil mengamuk adalah sangat penting kerana anak sekecil ini, tidak akan mengamuk tanpa sebab.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu. Bila anak selalu disekat kemahuannya, maka perasaan kecewa itu akan mula wujud di dalam dirinya.
Bila kekecewaan itu tidak dikendalikan dengan baik, maka ia akan membukit. Bila bukit itu sudah besar maka anak itu akan menjadi hilang kawalan dirinya dan mengamuk, berguling-guling, membaling barang dan sebagainya.
Satu lagi perkara yang menyebabkan anak-anak sekecil ini mengamuk ialah kerana dia tidak cukup mendapat bermain aktif di luar rumah, menjerit, berlari dan sepertinya.
Terperap di rumah boleh menyebabkan tenaganya yang banyak menjadikan dia tidak keruan. Selain itu, tidak cukup tidur dan tiada rutin yang tetap juga boleh menjadi penyebab anak-anak kecil mudah mengamuk.
Bila amukan ini tidak dikendalikan dengan baik, contohnya, jika ibu atau bapa mengambil pendekatan kasar seperti marah, merotan, memukul, mencaci yang menyebabkan perasaaan anak itu lebih tercalar:
maka mungkin anak itu akan berhenti menangis kerana sakit dipukul atau takut, tetapi apa yang berlaku di dalam diri anak itu suis bomnya sudah diaktifkan. Ia akan meletup bila anak itu remaja nanti.
Oleh itu bila anak kecil anda mengamuk, gunakanlah pendekatan bijak. Tegas, tenang dan penuh kasih-sayang. Ini adalah salah satu cara anda boleh menenangkan anak itu. Memudahkan anda menangani anak-anak kecil mengamuk.
1- Anda duduk dan ambil anak itu, dudukkan dia di atas riba anda dan pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah.
Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Bagi yang Mulsim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Jika anak anda tidak mahu dipegang;
1-Anda duduk tidak jauh daripada anak itu.
2-Sebutkan anda sayang dia dan dia boleh merengek dan menangis untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.
3-Katakan bila dia sudah puas, dia boleh datang kepada anda dan dia boleh bercakap dengan baik apa yang dia hendak dan anda akan peluk dia.
4- Bila dia sudah tenang, barulah memberitahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu. Jika boleh anda akan memberi. jika tidak alternatif lain akan difikirkan. Semasa ini juga anda boleh menyatakan bahwa anda juga boleh hilang sabar jika dia suka mengamuk. Namun, berilah tahu dengan tenang tanpa menakut-nakutkan.
Tenang dan kawal diri,itulah kunci untuk menenang dan mengawal anak anda yang suka mengamuk.
Seperkara yang Ibu hendak memberitahu di sini ialah bila anak itu mengamuk, dia sebenarnya juga takut kepada ‘monster’ di dalam dirinya itu. Itu sebab bila memarahinya bukanlah jalan yang terbaik. Bila anda bijak menangani anak-anak kecil anda mengamuk, apabila anak itu remaja, dia tidak akan lebih tenang dan mudah mendengar kata."
Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) – Empower With Love
Atikel asal di Blog Ibu Rose, tq ya
No comments:
Post a Comment