Baby wearer: Ibu atau ayah atau merujuk kepada sesiapa sahaja yang menggunakan alat gendong bagi tujuan di atas
Baby gear: Alat gendong bayi atau anak, terdapat banyak jenis dan pilihan bergantung kepada usia bayi dan keselesaan si baby wearers c:
Ergonomic carrier: Ergonomic carrier adalah lebih mesra, selamat dan selesa. Ini penting kerana struktur tulang bayi yang masih lembut dan boleh dikaitkan dengan masalah tulang punggung.
Saya dah lama teringin nak mencuba baby wearing ni.
Alhamdulillah, Masa mengandung baby Adam kebetulan ada patient yang bawa anak menggunakan ssc dan ring sling (rs)ke mch
Anyway, Tq dear Vee Maiziyatul because you are really my pioneer for these baby wearing thingy!! LOVE it so much!! c;
Nak cuba baby wearing memang pening la awal2 tu. Nasib baik ada simplified Image tentang carrier ini.
Ini pula suggested Ergonomic baby carrier by age:
Ok. Dah ada idea sikit2 kan?
Sebelum beli mana2 carrier yang berkenan, jangan segan2 tambah ilmu.
Pilih carrier yang selesa untuk pemakai dan paling penting selamat untuk bayi. Banyak membaca, tak faham bertanya dan tersilap terima hehe "Baik cikgu!" c:
--> Belajar dari cikgu @ carrier educator yang sangat2 rajin membantu. Tak rugi belajar! Sangat berbaloi!!
Reason??Kenapa saya suka dan anda perlukan carrier baby:
1. Mudah, Senang nak dukung anak bawa ke mana2, terus lekap kat badan je. Alhamdulillah, memang nampak Adam selesa, menangis pun sekejap je sebab nak tidur, kebanyakan masa memang terus tidur lena ja hehe
2. Rasa selamat sebab baby sentiasa di peluk. Nak respond kepada baby pun cepat
3. Praktikal & Tak makan space; tak perlu berhimpit nak masuk lift atau laluan yang ruang terhad. Space bonet civic pon kosong, bleh shopping lebih sket hohoho
4.Boleh buat cover masa menyusukan baby (saya pakai rs)
5. Ini pula untuk saya je kot--> CANTIK!!! Rasa macam nak shopping kain baju pula haha nasib baik godaan tu masih berjaya di kawal hehe
**Sebelum baby Adam lahir, daddy memang plan nak beli stroller baru, 2 in sekali dengan car seat. Sampai la bila saya mula gunakan ring sling, memang terus terkubur hajat ber stroller tu (" ,)
Wrap conversion Ring Sling (wcrs)
Ring sling pertama, from Daiesu.Beli online je hehe sangat supportive, sedikit tebal tapi lembut haha pelik sikit ayat ni kan.
Tapi memang betul2 comfortable, baby adam sendiri lena je duduk dalam tu. Hampir 2jam berjalan di Melaka masa tu, Alhamdulillah Adam ok.
Berpeluh? Haha tak perasan pon sampai lah sampai bilik hotel. Terbukti kan, sangat2 selesa c:
p/s: Ni kene upkan lagi baby tu..lama2 jalan meleret bawah pula haha posisi bayi ideal selain M shape kaki dan buttock dia, ialah kita boleh kiss dahi baby c:
Mesh Ring Sling
SUKKIRi mesh ring sling special edition SG50.
Niat asal sebab nak bawa baby join masuk kolam renang dengan abang dan kakak hehe
Cuma sejak akhir2 ni musim panas, memang berjalan dengan mesh rs ni jela.Berangin ja hehe
Niat asal sebab nak bawa baby join masuk kolam renang dengan abang dan kakak hehe
Cuma sejak akhir2 ni musim panas, memang berjalan dengan mesh rs ni jela.Berangin ja hehe
Wrap
Wrap biasanya adalah satu helai kain panjang 4-5 meter.
Nak pakai memang kena berseni belit2 sikit.
Mungkin ada yang rasa leceh sikit tapi pada saya, memang lebih selesa bawa baby dalam wrap berbanding ring sling hehe
Kebetulan pula masa cuti bersalin tu dah cuba wrap di kedai baby Asadel, tu yang lagi jatuh cinta pada baby wearing ni c:
Cuma tak sampai hati je lagi nak beli, semua kain wrap pun cantik2..esp Lenny Lamb!! hoho
Jenis wrap: Stretchy & Sturdy (eg woven wrap)
Soft Structured Carrier (SSC):
Posisi yang selesa dan selamat untuk struktur kaki bayi iaitu tulang peha ke arah depan.
Design ssc memastikan yang berat bayi ditampung sepenuhnya oleh kaki jadi tidak membuatkan badan dan pinggang kita rasa sakit.
Cuma,kena pastikan beli ssc yang original/asli, paling penting untuk faktor keselamatan!
SSC Vs Crotch Carrier
- Crotch carrier ni membuatkan tulang kaki tergantung dan ia kurang baik untuk peredaran darah di bahagian kaki terutamanya untuk jangkamasa yang lama.Ia juga mengagihkan berat baby ke bahu dan pinggang kita-->antara punca sakit belakang
Mei Tai
Mei Tai ni hampir sama dengan SSC tapi kebanyakannya tak ada buckle dan cara ikat shoulder & waist strap tu lain caranya.
Hampir sama juga dengan wrap tapi tak perlu lah belit2 kain panjang 4-5 meter tu hehe apakah ayatku ini...
p/s:Sedih sebab tak dapat nak try Mei Tai masa gathering hari tu.
Maybe lepas ni boleh ke kedai babyWearing lagi cuba kot(" ,)
Kawan2 baru masa Perak State BabyWearing Gathering @ Ipoh Jan 2016. Tq Grace & Sheila.
Dapat jumpa kawan2baru juga tapi tak berapa sempat nak berkenalan.Hai2 macamtu ja hehe
Banyak info lagi, in fact I am still learning..jom belajar sama di sini, jom c:
5 comments:
Bagusnya..ada info pasal baby carrier ni.. :)
sangat comel..
jemput ke blog nadia..nadia baru belajar nak berniaga on9..^_^
pakaian kanak2 yang sangat comel!
Nk bli ssc tp x tau yg mana sesuai..kat ipoh ni ada kedai x..nk try dulu b4 bli
Nk bli ssc tp x tau yg mana sesuai..kat ipoh ni ada kedai x..nk try dulu b4 bli
Ada kedai di Ipoh tapi saya tak pernah pergi. Boleh join group babywearing @ facebook for more details info. Di Tanjung malim saya test carrier di Asadel Babywearing shop c:
Post a Comment