Pages

Translate

Search This Blog

09 May 2014

Kek Lapis Horlicks Haw Flakes

entry on 4/5/2014 c:

Kek Lapis Horliks Haw Flakes

ni baru je selamat dihabiskan oleh staf2 MCH kelmarin.


Diorang ni memang senior2 kat dapur. Saje nak minta diorang komen, boleh top up apa yang perlu

Tambahan pula, hari tu saya ada war2 kan tentang kelas memasak di Fatihah Cake House tu. Memang dah jatuh cinta lepas kelas kedua untuk Kek Lapis Gulung tu c:

(Kelas pertama saya di sana adalah untuk Pavlova, Puding Caramel Pelangi dan Congo Bar yang memang superb!! c;)

Jadi, lepas balik kelas baking hari tu, saya buat kek lapis nescafe gulung ( tak post pon masih diperingkat edit lagi hehe)

Dan kebetulan 2minggu lepas kenduri aqiqah anak kembar suami di Teluk Intan, tu terlebih semangat buat kek lapis Haw Flakes pula


Cantik yang mana? Yang berwarna warni tu bakar dalam oven, yang putih merah tu saya kukus haha kenapa samapai 2 ek?

Hehe sebab saya dah malas nak tunggu kek tu masak 1 layer by layer, jadi suku bancuhan tu saya masuk pengukus je jam 1 pagi.

Siap masak semua jam 4 pagi baru tidur! hehe

Resepi kek lapis Horlicks Haw Flakes

10bj telur
130gm gula halus
450gm mentega
1sudu besar ovalette
1 tin susu pekat manis (sy guna 3/4 tin)
50gm jem rasberi (sy alter ke blueberry)
250gm tepung Hong Kong (swab ke tepung superfine Nona)
100gm horlick
Haw Flakes secukupnya

* resepi asal di blog rozzan ye


step 1: Pukul kembang gula halus, mentega dan ovalette


Step 2: Masukkan satu per satu telur ayam ke dalam mixer


Step 3:Dengan kelajuan rendah, ratakan susu pekat manis bersama jem rasberi/ blueberry tadi.

Ada juga yang menggunakan seri kaya, hehe next time saya cuba c:


Step 4: Masukkan horlicks dan tepung dalam adunan.

hehe saya guna 5 paket serbuk horlicks segera 3in1 tu je. sebab kalau nak beli horlicks even paket kecil tu pun kompom tak habis ( " ,)

Step 5: Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, kuning dan hijau.

Step 6: Alas loyang 4 segi dengan tracing paper dan boleh bakar lapisan pertama


* sapu dengan loyang dengan minyak masak, letak paper dan sapukan minyak sekali lagi atas paper kek


Step 7: Lapisan pertama, letakkan bancuhan warna merah 1 senduk ( @ 8 sudu makan) dan bakar sampai masak (api oven atas sahaja)


cuba pastikan setiap kali bancuhan dituang, kuantiti adalah sama (guna dacing kalau nak selamat, yang saya ni dalam 125ml setiap lapis), supaya lapisan kek anda sama tinggi

sebab, dah alang2 melapis dan membakar tu, baik buat cantik2 terus hehe


Step 8: Siap dibakar lapisan pertama, keluarkan dari oven dan terus lapiskan dengan bancuhan warna kuning diikuti haw flakes

* sebelum melapis yang baru, pastikan tiada gelembung udara ya

*jika ada, cucuk dengan lidi kecil ( saya pakai hujung pisau je hehe) dan tekankan sikit ke bawah untuk buang udara yang terperangkap tu

* kalau nak manis lagi, letak je haw flakes tu rapat2. Tapi kalau haw flakes nye cukup2 makan je, boleh lah tambah kuantiti susu atau gula tu ikut cita rasa c;


Step 9: Lapisan seterusnya selepas kuning adalah warna hijau


Step 10: Diikuti warna merah dan rotate semula bancuhan ikut warna2 tadi



Step 11: Untuk lapisan merah terakhir, taburkan potongan ceri kecil. Bakar api oven atas bawah.


* suku bancuhan saya kukus sebab dah mengantuk sangat nak bakar, step dia sama je cuma saya warnakan 1lapisan je dengan warna merah + tabur orange peel untuk lapisan paling atas


Step 12: Ini proses masa nak terbalikkan kek lapis, nak buang paper atas tu c:. Terbalikan semula dan potong= nyum3 c:

* Hati2 ok..kalau rasa macam melekit semacam je tu tanda kurang masak, no worry masuk je balik dalam oven /pengukus korang tu

* kalau nak simpan, boleh simpan dalam peti sejuk beku tu ( wrap dulu).

* bak kata tokey kek haro tu, tahan 1-bulan. jadi boleh la anda semua buat standby siap2 sebelum puasa nanti untuk kek lapis raya c;

Opss!! nak tayang lagi sekali sat hehehe


Haaa..Dah siap mesti lah tayang kat mak mertua kan. Beliau memang terror masak, so saja nak komen dia.

Erk!! dia suruh kurangkan manis pula haha saya baru plan nak tambah lagi haw flakes/gula next time hehe (orang ada diabetes, biasalah c:)

Orang2 lain pula Alhamdulillah, semua bagi komen positif! Siap ada nak tempah raya lagi haha tak larat ler haha

Bagi orang yang pening nak buat kek lapis bakar ke kukus, korang buat je dua2 serentak,pakai bancuhan yang sama- Rasanya berbeza: ikut selera masing2 c:

p/s: Kukus sebenarnya lebih menjimatkan masa, maintain jaga air jangan kering sudah hehe dan rasanya lebih 'moist' berbanding bakar! Tapi saya suka kek lapis Horlicks Haw Flakes BAKAR lagi!

Ini anda semua wajib cuba ok. Tak menyesal sebab memang sedap! c:


Best sangat ke Meal Shakes??

Ya!! Dan kali ini datang dengan Promo Shaklee yang sangat berbaloi!

Baru je 2 bulan lepas promo ESP powder, kali ini

PROMOSI MEAL SHAKES

pula!!

Kenapa berbaloi?

Sebab selain buy 6 canister anda dapat canister ke 7 secara PERCUMA, ia amat sesuai terutama bulan puasa bakal menjelma Jun nanti ( sila klik di bawah untuk triple gem bagi info lanjut)


Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik.

Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yg disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak2 untuk membesar, kuat dan sihat.

Siapa yang perlukan Meal Shakes ?

1. semua anak2 yang berumur *1tahun dan ke atas

* terutamanya anak2 yg kurang selera makan, anak2 mengalami sembelit, anak2 yang obesiti, anak2 yang kerap demam.

2. ibu2 mengandung dan menyusukan anak

3. Pelajar: menambah daya tumpuan belajar

4. Mereka yang aktif

4. Yang sukar menelan vitamin berbentuk tablet

testimoni 1:


testimoni 2:


klik di sini untuk testi lain

Resepi2 Meal Shake Shaklee

1. Meal shakes + Air Suam/ Fresh Milk
2. Meal Shakes + ESP
3. Meal Shakes + Performance Drink
4. Meaal Shakes + ESP + Performance Drink (Triple Gem@Mighty Gem)
5. Meal Shakes + Horlick
6. Meal Shakes + Milo
7. Meal Shakes + Jus buah- buahan
8. Ais krim Meal Shakes + ESP
9. Agar- agar Meal Shakes ( mesti tambah milo sekali ok baru best c:)

**Untuk yang picky eater tu,boleh tambah sikit dalam susu atau makanan anak2 ya c:


Berminat untuk mencuba?Hubungi saya:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)

♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim)