Pages

Translate

Search This Blog

15 February 2013

resepi Kek Chocolate MoiSt sedap - kukus ( " ,)

Sebenarnya, ini entry lame yang blom publish lagi. Hehe sibuk2 nak update tentang shaklee, terlupa plak pasal entry kek coklat moist ni c:

Hehe resepi ni hasil gabungan resepi asal mak + resepi dari kek chef zubaidah. Masuk ni, da 4kali buat dalam tahun ni. Yang picture pertama tu hasil 1st timer January dulu and yang ni plak repeated and adjusted resepi. Kali ni buat dalam bekas dadih tinggi pulak, sebab nak bagi kat kakak ppk kat hospital tu (2nd time bagi kat diorang sebab diorang tanye2 je..rasa kembang sket rasnya hehe)

Sedap??Erm mesti la kan kalau tak tak kan sampai kene buat copy tulis resepi kat kakak2 opd tu hehe apapun akak opd tu sume pon sebenarnya lagi terror..pandai buat kek tiramisu lagi. Erm next entry sy mintak resepi tiramisu tu ..hooreYY!!

** saya memang peminat kek. Masa tengah pregnant dulu, hampir setiap minggu buat kek. kek butter, kek coklat, kek buah. Nak pulak masa tu dekat nak raya, jadi buat jugak la biskut semperit ngan biskut cornflakes mak tu hehe

Ok ni bahan2 untuk resepi kek coklat moist ni:

BAHAN A:

1 cawan gula pasir (boleh kurangkan ke 1/2 cawan gula bagi yang suka lebih rasa coklat hehe)
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 buttercup/ 1 cawan margerin planta

1 cawan sebuk koko

Telur 4-6 biji (ikut gred telur)
-dipukul kembang (saya pakai whisk je pon boleh)

BAHAN B:

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikabonat soda

TOPPING:

1 bar dark coklat
1/2 cawan susu cair/ fresh milk
2 sudu serbuk koko
1 sudu margerin (saya pakai planta je)


CARA MENYEDIAKAN (saya guna cara kukus ye c:)

1. Panaskan kukusan

2. Bahan A (kecuali serbuk koko)gaul dalam periuk dan masak hingga gula larut.Tak perlu sampai memdidih.Tutup api dan
campurkan serbuk ko. Kemudian biarkan sejuk dan masukkan pula telur yang telah dipukul.

3. Bahan B disatukan dan diayak bersama.

4. Satukan bahan A bersama bahan B. Gaul kacau rata jangan biar berketul

5. Masukkan dalam loyang atau bekas kukus mengikut cita rasa. Saya suka gunakan bekas plastic yang tahan heat tu sebab tak berapa beasr, so senang nak makan pas2 depan tv hehe

6. Kukus selama 1jam atau sehingga masak ( masak bila cucuk dengan pencungkil gigi, tiada bancuhan yang terlekat)

7.Keluarkan kek yang dah masak, hias dengan topping + rice coklat atau badam yang disangai+strawberi+ect c:

**Cara buat Topping:
Masak kesemua bahan mengunakan kaedah double boiler (bahan dalam loyang, bawahnya loyang yang di isi air panas)
--> alternative:saya gunakan periuk yang diletakkan dalam kuali berisi air yang dipanaskan api dapur gas hehehe


Inilah hasil kek tengah malam yang berjaya menyebabkan seorang rakan baik saya tergoda nak makan coklat. untuk pengetahuan, dia ni memang anti coklat, langsung x bleh nak masuk tekak die hehehe

Selamat mencuba!!!

Bersunat orang perempuan @ Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation)

Alhamdulillah..hari ni berjaya jugak akhirnya bawa adik bersunat (adik Qalesya sekarang umur 6bulan 1/2). Bukan sengaja mahu bertangguh, tapi masih belum sempat mencari mencari masa dan klinik yang sesuai. Sampaikan mak mertua sendiri pun da banyak kali bertanya bila nak sunatkan adik Qalesya tu, nnt makin besar malu la katanya..hehe betul juga kan?? ( " ,)

Pagi tadi adik demam, jadi saya dan suami memang sengaja mengambil cuti. Haa apa lagi memang sesuai la sunatkan adik terus.

Kami bawa adik ke klinik Dr Jammy Suzana di Nibong Tebal.Ya lah di penang, agak sukar hendak mencari klinik doktor Melayu( Islam) dan perempuan c:..

Ooh prosedurnya juga amat simple,dik pon langsung tak menangis. Erm pasni lau anak buah nak berkhatan, saya sendiri pon boleh buat juga rasanya haha.

Cuma kami tak bawa balik cebisan daging tu sebab terlalu sedikit. Tapi menurut dr suzana, ada juga parent yang minta bawa balik cebisan daging (jika tidak terlalu sedikit) untuk ditanam.. Oh ya, bagi bayi perempuan, sebaiknya jangan lewat sangat ya, sebab semasa bayi kulit dan dagingnya masih lembut, jadi lebih mudah dipotong dan cepat sembuh berbanding budak yang sudah besar c=

**p/s:masa stady dulu, buat sunat budak lelaki je..budak perempuan tak masuk silibus agaknya (" ,)

Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 - 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation). Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Walau bagaimanapun, Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

untuk makluman lanjut:

credit kepada c: :

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemotongan-genitalia-wanita-female-genital-mutilation

http://drzubaidi.com/blog/?p=1074

12 February 2013

Family Wellness Programme Shaklee bersama Meal Shakes

Kali ini mari kita berkenalan bersama Meal Shakes Shaklee!!


- Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino, bersama 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

- diperbuat daripada bahan semulajadi: termasuklah buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu,protin berkualiti tinggi)

- Turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

- Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel- sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan imun

-nutrisinya seimbang dan mudah diserap untuk kegunaan seharian

- Membantu tumbesaran: mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium bagi membina tulang dan sel yang sedang membesar

- Anti- oksida: mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium bagi melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

- Mengembalikan seri wajah: mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan cooper yang cukup bagi membina sel darah merah yahng sihat

- Detoksifikasi: kaya dengan serat serta larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus dan perut

- Kelazatan rasanya: minuman lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga

- Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan


Siapa lagi yang memerlukan Meal Shakes Shaklee??

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan:

 kanak- kanak yang sedang membesar (terutamanya 'picky eater'
 Pelajar
 Ibu mengandung
 Para atlet
 Pengamal sayuran (vegetarian)
 Orang sedang sakit
 Orang yang sibuk bekerja
 Orang yang selalu mengambil makanan segera

** Bagi sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan bijak

Cadangan pemakanan:

campurkan 2 sudu besar meal shakes bersama Energizing Soy Protein dan Performance (perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran
Setiap hidangan membekalkan sehingga 120kalori.
Boleh juga dicampurkan/dikisar bersama buah- buahan
lazat dinikmati panas atau sejuk


Sumber: Shaklee Malaysia

04 February 2013

Shaklee special February 2013 promotion: Omega guard 6+1

Februari 2012 ini, Shaklee mempromosikan Omega Guard, beli 6 percuma 1botol!! wahh memang harga hebat, kerana kerana harga sebelum promosi ialah RM136 (WM) / RM140 (EM). Jadi, memanglah sangat berbaloi!!


OMEGA GUARD SHakLEE

* Omega Guard Shaklee yang dihasilkan daripada minyak ikan terbaik di dunia.
* Ia mengandungi 7 jenis asid lemak mega-3 semulajadi seperti EPA, DHA dan ALA.

* Satu hidangan Omega Guard Shaklee (3 softgels) menyediakan 990mg asid lemak omega 3
- termasuk 545mg asid eicosapentaenoic (EPA)
- 360 mg asid dokosa-pentoik (DHA)
- dan 95 mg 'naturally-occurring long chain fatty asid 'seperti alpha linolenic and asid stearidonik.
* Gabungan Omega Guard dan Ostematrix Shaklee bagi mendapatkan perlindungan tulang dan sendi yang optimum!!

Kelebihan Omega Guard Shaklee

Omega Guard shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul
-yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi
-sementara menyingkirkan bahan- bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri yang terdapat dalam kebanyakan ikan

Oleh itu Omega Guard Shaklee adalah Ultratulen dan berspektrum penuh Bergred Farmaseutikal

Omega Guard Shaklee juga membantu mendapatkan keseimbangan yang sihat antara omega-6 dan lemak omega- 3 bagi

-->menyokong penglihatan yang sihat
-->EPA terutamanya bagi menyihatkan jantung dan sendi- sendi
-->DHA penting bagi perkembangan dan fungsi- fungsi otak (turut penting bagi perkembangan otak bayi yang disusui)
-->dapat mengurangi nyeri haid melalui kedu- dua tindakan EPA dan DHA

-->Membantu mengurangi depresi ringan. Gabungan Omega3 dengan ubat antidepresan, akan mengurangi depresi (dengan cara yang berbeza) ;menurut David Mischoulon, MD, Seorang profesor psikiatri dari Harvard Medical School.

-->Mengurangkan risiko pembekuan darah kerana Omega 3 memiliki sifat antikoagulan, bagi memastikan peredaran darah yang lancar dan juga terhindar dari penyumbatan pembuluh darah yang berakibat stroke

**namun pesakit yang terdedah kepada risiko pendarahan seperti penyakit hati dan sedang mengambil ubat pencair darah, penggunaan omega amat tidak digalakkan melainkan mendapat pengesahan dan pemeriksaan darah oleh doktor)

**Satu penyelidikan telah dilakukan bagi menyokong fakta Omega-3 seperti EPA dan DHA mampu melindungi dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga membuktikan bahawa paras asid lemak Omega- 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.





Anda berminat dan mahukan harga yang lebih rendah lagi??Atau mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut??Hubungi saya di:

Najmi Anuar (ID no:854348)
Email: mommyqalesya@gmail.com
sms/call/whatsapp: 019-6695408




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

03 February 2013

Milestone @ Developmental Chart Baby according to age

Alhamdulillah..hari ini genap 6 bulan berjaya menyusukan adik Qalesya sepenuhnya..Weaning pon sebenarnya da start awal (awal 3hari je pon) semasa balik kampung baru- baru ni. Insya Allah saya akan terus berusaha dan lebih bersemangat menyusukan sendiri adik sehingga usianya mencapai 2 tahun, selain pemakanan tambahan yang telah pon dimulakan: seperti saranan polisi penyusuan Kebangsaan Malaysia!! c: Amin..

Adik sejak usia 4bulan da pandai meniarap, (menurut kata makcik pengasuh, namun katanya leher belum berapa kuat lagi huhu)tapi hanya di rumah pengasuh sahaja. Di rumah sendiri, cuma ketika usianya mencapai 5bulan baru kerap dia meniarap termasuklah di rumah (selepas pulang bekerja 5pm). Walaupun telah t erbukti saya bukan orang pertama melihat perkembangannya, syukur kerana amat bertuah mendapat seoranglagi anak yang sihat dan bijak. Alhamdulillah..

**saya percaya ada lagi ibu- ibu diluar sana yang senasib dengan saya, namun inilah yang terpaksa kita lalui sebagai seorang ibu bekerjaya (" ,)

Di sini, saya ingin kongsikan carta pertumbuhan sihat seorang bayi mengikut peringkat umur. Jangan risau jika anak anda mungkin sedikit lambat berbanding orang lain, kerana setiap perkembangan dan tumbesaran bayi ibu adalah mengikut julat- julat had usia (timeline)tertentu.

Perlu diingatkan bahawa perkembangan tumbesaran bayi adalah meluas, merangkumi 4 aspek penting:
- 1. fizikal kasar@ketara atau 'gross motor'
- 2. fizikal halus atau 'fine motor' dan penglihatan
- 3. pertuturan, bahasa dan pendengaran
- 4. Sosial, emosi dan 'bahaviour'

Oleh itu, anak anda mungkin masih dalam perkembangan yang normal walau sedikit lewat dalam aspek tertentu.


(This information is based on information from the CDC website.)

Secara umumnya,bayi akan dapat menyempurnakan tugasan seperti dalam kategori 3bulan sebelum dia mampu membuat tugasan umur 7bulan, dan akan mampu membuat tugasan usia 7 bulan sebelum membuat tugasan usia kategori 1 tahun.

Sebagai contoh, bayi akan mula "babble" sebelum dia boleh menyebut “babble chains of sounds", sebelum boleh menyebut “mama” atau “dada". c:

**

Jadikan carta di atas cuma sebagai panduan awal, jika terdapat sebarang keraguan atau anda mungkin risau anak anda lewat dalam sesetengah perkara, teruslah merujuk kepada kkia (klinik kesihatan Ibu& Anak) atau doktor anda sama ada ketika pemeriksaan rutin bayi atau semasa suntikan imunisasi.