Pages

Translate

Search This Blog

24 January 2016

Anugerah ketiga buat Tersayang c: Baby Adam



Lama sangat dah rasanya..Post pending yang masih dalam draf pun lebih 10! hehe

7/10/2015 @ 1.23pm


Baby Adam @ Muhammad Adam Aryan bin Azlan

Welcome to our family my dear. Bersalin di Hospital Pantai Ipoh. Alhamdulillah, Datin Mimin memang banyak bersabar layan ibu masa bersalin. Husband apatah lagi hehe

Jadi, pengalaman bersalin mana best? Semua ok juga, hospital kerajaan dan swasta..Yang penting kene banyak berdoa dipermudahkan urusan kan, Amin c:

Abang @ Hospital Sungai Buloh:

Masa ni tengah HO di sana, buat last posting emergency dept. Memang best sebab husband dapat tunggu di bilik bersalin dari awal bila os dah buka. Tak best sebab kene induce dengan Prostin. Sakit!! haha.

Birth weight Hazim: 2.9kg @ 38w POA.SVD


Kakak @ Hospital Columbia Taiping:


dengan dr Jeya, lembut je orangnye. Sanggup gerak dari Jawi Penang ke Taiping untuk deliver sana.

Masa tu tengah tidur di ruang tamu lepas solat terawih di masjid. SROM jam 12am. Cepat2 suruh husband tidur dulu jadi boleh lah kemas barang dan membasuh dulu hehe 2.30am gerak ke Taiping dan 5.30 am Qalesya lahir.

Cuma kesiannya daddy punya nasi bersahur dah basi,beli di rnr semasa perjalanan ke hospital huhu

Birth Weight Qalesya: 2.9kg @ 38w 3days POA. SVD

Adam @ Hospital Pantai Ipoh:

Plan untuk IOL at term tapi 1hari sebelum dah lahir. Adam tak mau kena induce macam abang katanya, kesian kat mama hehe. Kali ni keluar show (blood + mucus) dahulu jam 7pm. Berehat dulu esok pagi jam 8am ke MCH Pinji minta sister MA periksa. VE os dah bukak 4-5cm. Ops tak jadi ke bank hehe trus ke LR Pantai hehe

Birth Weight Adam: 3.7kg @ 39w 6days POA. Assisted delivery vacuum (0_0)


Hazim semaasa berpantang di Ipoh. Semua daddy buatkan dari memasak, panaskan tungku, kemas rumah hehe mandikan baby Adam je berdua (",)

Kebetulan masa tu Abang hazim dan kakak Qalesya pula kena chicken pox di kampung. Sebulan lebih baru jumpa..rindu!!! hehe

Tentang makanan berpantang, husband memang pandai memasak. Ikan haruan masak kicap, ikan & ayam bakar, Sup sawi & karot, ikan bilis sangai..bla bla bla hehehe

Semasa majlis Aqiqah Baby Adam di kampung c:

Ok.Nak sambung assignment derm pula. Done my 2nd Power Pumping as well! Alhamdulillah c: