Pages

Translate

Search This Blog

Showing posts with label Sotong Goreng Tepung. Show all posts
Showing posts with label Sotong Goreng Tepung. Show all posts

12 December 2013

Makan2 @ SBK Wisma Corner Taiping

Jawi - Taiping tak jauh pun, dalam 40 minit macam tu. Kali ini, saya dan suami ke SBK Wisma Corner sekali lagi, cuma bezanya adik Qalesya tinggal di kampung haha

Menu: hari tu kami makan ikan bakar, erm kenyang sangat jadi kali ni kami order butterprawn (tertewas homemade butterprawn aku) + sotong bersama tomyam pula


semalam pokok hijau tu dah digantikan dengan pokok lampu malam2, lagi cantik c:

Masalah parking? Memang no hal lah sebabtempat parking sini macam mini padang! Hehe banyak sangat tempat parking nye.

Environment pun memang nampak fresh and happening, ramai orang malam2 pun. Best!


Nasi putih bersama tomyam sotong.Giler pedas.Kesian en hubby, dah la memang 'suka pedas' orangnya.

Saya pula memang bukan stail makan kuah hehe tapi makan juga sikit ( ",)hehe sebab saya memang favrot makan pedas2 ni


Butterprawn. Ini rambu ramba dia memang crispy, tak manis. Tapi balance lah sebab sos udang goreng dia agak sweet sket.

Berbanding dengan butterprawn bangsar (gerai cina kat tengah medan tu hehe), dia punya rambu- rambanya memang terus siap manis+ masin sume seimbang.

Oklah.dua2 tempat sedap c;Giler udang! Giler ButterPrawn! c;


Sotong Goreng Tepung. Menu ni lambat sampai.

Tertinggal ke apa ntah, nampak ada sekian atas meja counter tapi waiter dia tak hantar pun ke meja.

lepas tanya baru waiter ambilkan.Tapi bagus la sebab polite dan minta maaf hehe

Erm cuma nya sotong ni agak kureng sket. Sebab tepung dia sedikit liat dan kureng garam.Kene cecah sos baru ok

haha lepas ni buat sotong goreng tepung sendiri la ye daddy macam hari tu hehe

Bad view: masakan dia lambat sampai,apa yang saya nampak tukang masak cuma seorang je yang handle butterprawn dan sotong ni.

Tapi kalau korang order sekali ikan/bakar2 punya ok lah sebab dia ada tukang masak lain untuk bakar2 dan western.

Apapun, worth to try! Kena bersabar lapar sikit kalau nak datang sini ok c:

p/s: saya kompom mai sini lagi sebab dah jatuh hati kat butterprawn dia hihi tak yah masak sendiri dah he












13 July 2013

HomeMade ~ Sotong Goreng Tepung

Menu moreh kami di kampung lewat malam tadi. Siap kejutkan hubby yang tengah tido lagi mintak rasa sket.

Yelah, sebelum ni buat asyik tak menjadi je, keras lah, tak bersalut lah hehe

Hah sotong ni pun sebenarnya sudah semalaman berendam tepung, tapi dek kerana terlajak sahur punya pasal. Terpaksa import sotong ni dari penang ke perak lah c:


Bahan- bahan:

5 ekor sotong (dikerat kecik2)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
1 biji telur
Garam secukup rasa (untuk gaul dalam tepung)

Cara- cara:

1. Pukul telur, kemudian rendan sotong yang telah dibersihkan+ ditapis. Biarkan 1-2 jam dalam peti ais

2. Keluarkan sotong, masukkan campuran tepung (agak2 macam buat cekodok tepung cair tu, bukan semua tepung ya) bersama telur tadi

3. Celupkan sotong dalam bancuhan tepung

4. Panaskan minyak dalam kuali, standy bekas penyangkat

5. Masukkan sotong yang telah dicelup dalam bancuhan tadi ke dalam balance campuran tepung tadi

6. Goreng dalam kuali dengan minyak yang betul2 panas


Tips:

* jangan letak terlalu banyak sotong ketika menggorang, pastikan sotong deep fry sepenuhnya c:

* Angkat dengan penapis bila agak2 sotong warna kekuningan

* Toskan dulu sekejap dengan penapis, kemudian baru letakkan sotong atas pinggan berlapik tisu/ kertas minyak supaya kekal rangup


Orait. dah siap. Resepi internet plus sendiri punya modification hehe. tapi memang sotong dia cantek tak liat dan luar pun rangup je. memaang puas hati!! c:

So lepas ni boleh lah kami ratah sotong goreng tepung depan tv malam2. Cecah dengan sos . erm sedapp

Dan tak perlu nak cari2 kat kedai dah. Sejak 2 tahun duduk kat penang ni, semua kedai yang hidang sotong goreng tepung: semua gagal!!

Hai ni yang rindu zaman muda masa kat kl dulu.. hehe