Pages

Translate

Search This Blog

Showing posts with label Resepi Labu. Show all posts
Showing posts with label Resepi Labu. Show all posts

23 September 2013

Ada labu lebih kat rumah..Resepi labu plezzz!!

Rasa makin rindu pula dekat abang long hazim.

Last week tinggalkan kejap di kampung, erm memang rasa tak sabar pula nak ambil semula hujung minggu ni c:

Urm..Hehe ketotkan cucur labu bawah ni? Hehe come2 ler sebab ni untuk minum petang abang long hazim

* Ni balance dari masak lemak labu hari tu, makan dengan nasi + ikan masin haha memang pergh!!c:


Untuk adik qalesya pun boleh, tapi kami bagi isi dalam je

Manisnya labu bila siap direbus kan?

Rebus->Lenyek-> Gaul tepung->Tambah susu->Digoreng-> Siap minum petang abang long!

Hah. Apa lagi resepi berkaitan labu?

- Bingkang labu @ nama glamer pai labu (" ,)
- Pengat labu gula melaka
- lepat labu
- kuih koci labu
- kuih sagu berlabu
- puding labu
- Labu kukus/ stim + kelapa parut muda & gula pasir
- pumpkin salad (labu rebus+ gaul bersama mayonis)
- kuaci biji labu
- kereta kuda labu (bersama ahli sihir dan cik Cinderella)

Banyak2 menu labu ni,yang mana pilihan hati anda? (" ,)

Khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

**
Labu bukan sahaja manis kerana isinya. Tapi ia juga kaya dengan vitamin A dan C. Buat pengetahuan anda, vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Selain itu, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat.

Oh ya, ada kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) : menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan!c:

Jangan2 lepas ni ada pula yang berdiet dengan labu sahaja hehehe





17 March 2013

Masak Lemak Labu Manis

Semalam masa berjalan2 di tesco, ternampak sayur labu. Alamak, teringin la pulak nak makan sayur labu dengan ikan masin+ sambal belacan. Hari ni, nasib baik adik yang berada di taiping nak dating ke rumah. Hehe baru ade geng nak makan sayur labu.

Dalam pukul 7petang, lepas adik menyusu saya terus p dapur. Bersemangat betul nak masak. Adik qalesya pulak pass kat daddy untuk ditidurkan hehe yelah super daddy lah katakan, Alhamdulillah bukan senang nak dapat suami penyayang serba boleh macam ni hehe tq daddy!!



Ok. Selepas 2 jam, baru siap semua lauk untuk makan malam. Cuma tunggu pak ndak masuk parking kete je lagi hehe

- Ayam masak kicap
- Ikan siakap mask 3 rasa
- Masak lemak labu
- Ikan masin goreng
- Sambal belacan

** Semua lauk2 atas, atas permintaan tukang masak iaitu saya sendiri, my super daddy cuma request ayam masak kicap je hehe

Ini saya sertakan resepi masak lemak labu: tak sia2 jugak rupanya rajin melepak kat dapur zaman muda2 dulu ya hehehe apapun t. kasih banyak2 buat emak di kampung sebab sudi berkongsi resepi di telefon tadi!! C:

Labu masak lemak

Bahan2:

1. ¼ bahagian labu dibuang kulit dan dipotong dadu
2. 1helai daun kunyit disimpul
3. 2 helai daun limau purut
4. 1 batang serai
5. Ditumbuk: 3ulas bawang merah+2 ulas bawang putih + 2bj lada api merah + 1sudu the lada hitam
6. Pati santan ½ biji

Cara- caranya:

- Rebus labu dengan air (air jangan melebihi paras labu)+ bahan yang telah ditumbuk
- Setelah mendidih, masukkan pati santan, serai, daun limau purut dan daun kunyit.
- Kaup timbukkan kuah labu sehingga semuanya masak sebati

* jangan tinggalkan masak labu lame tidak dikacau bagi mengelakkan kepala santan naik
* elakkan guna santan segera atau santan lama yang telah disimpan di peti, nanti kurang ‘kaww’ hehe
* dan juga, jangan terlalu bersemgat kacau/gode2 masak lemak labu ni, sebab nanti labunya hancur pula hehehe ini pengalaman sendirik masa kecik2 dulu..tapi sedap juga rasanya cume tak cantik la hehe

Rasanya memang terdapat beberapa versi masak labu, tapi apapun masal lemak labu memang superb bila dapat makan dengan ikan masin!!

Selamat mencuba!!