Pages

Translate

Search This Blog

12 November 2013

Favrot en. Daddy: Ayam Masak Lemak

Ok lah. Walaupun hari ni postcall, disebabkan daddy punya pasal jadi saya turun juga ke dapur c;

Cuma macam biasa, jam 12tghr masa beritahu hubby dah sampai rumah, dia suruh saya tidur dulu sebelum ambil anak.

Tido? Haha ini memang perkara paling best, tapi hari ini malas pulak. Excited nak memasak, dapat makan malam sama2 dengan suami dan 2orang baby noti tu! yeayy!! c:


* Ini resepi orang negeri, mak saya ambil daripada kawannya dulu. Memang tak pakai bawang pun. (Diulangi, jangan derhaka pula ye letak bawang nanti hehe)

Bahan- Bahan:

1/4 ekor ayam dipotong kecil (ayam kampung lagi pergh)
4 batang serai
10-20 bj lada api hijau
(siapa nak pedas lagi sila tambah angka sendiri ya)
1 bj lada besar merah
2inci kunyit hidup
6 helai daun limau purut/daun kunyit
1 asam keping
(siapa tak nak masam abaikan)
1/2 biji kelapa parut segar (perah dengan garam sikit untuk ambil santan)

Cara2 masak:

1. Tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup

2. Siat daun limau purut dan ketuk/titik hujung batang serai

3. Didihkan ayam bersama separas air dalam periuk

4. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi bersama daun limau (atau daun kunyit) dan serai

5. Masukkan kentang (anak2 suka ni hehe), diikuti santan

6. letak sedikit garam dan asam keping

7. Gode gode dan gode masakan anda. Pendek kata kacau lah sampai siap (" ,)

*JANGAN sekali- kali tinggalkan masakan bersantan macam tu je ya. Nanti pecah minyak- Tak sedap ler nanti. Tak cantik jugak haha


Ok zzzzZ..hurm.. c:





No comments: