Pages

Translate

Search This Blog

16 April 2014

Demeises- Dengarlah Bintang Hatiku (Official Video Clip)

Sebenarnya plan nak letak resepi kek lapis nescaffe buat last week, tapi hati tiba2 teringat pada orang tu kan hehe


*
"Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

reff:

aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh

ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku

repeat reff [3x]

karna bagiku engkaulah nyawaku"


sweet kan? Dah lama kot tak dapat lagu, last masa belajar kat UM dulu je ( jangan jelesss daddy hahaha)

Tq daddy Azlan Aziz. Ingatkan dah ada 2 orang anak, tak merasa dah 'dedikasi"2 macam ni c:

My Dear: You are my LOVE, Forever and Ever

p/s: ye eh sayang bagi lagu ni sebab nama mama Najmi@ BintangKu? c;

07 April 2014

@ Fatihah Cake House: Kek Lapis Gulung c:


Alhamdulillah..rezeki itu ada di mana..c;

Sabtu dan ahad 5/6 April lepas sepatutnya saya ada locum di Greentown.

Bagus juga ada buat revise roster,(walaupun naik pening kepala kena adjust plan bulan ni huhu) slot ahad tu cancel.

Last minute juga, confirmkan dengan kak ani untuk join baking kelas 6April tu c:


Inilah rezeki gantikan slot locum di greentown.

Rezeki menuntut ilmu hehehe Kelas SPECIAL
kek lapis gulong

Resepi kak ani memang sedap2.Siapa nak cuba boleh p je kedai kek kat Lahat tu

Kali ini kami belajar 4 jenis kek lapis:

1.roll lapis legit
2.roll laois orange
3.roll lapis rainbow
4.roll lapis merah delima

Erm..nak buat nya tak lah susah, cuma tak boleh sibuk berborak sangat ok sebab manti terlupa step or lebih malang terlebih hangus haha


Antara step2 paling menarik masa mewarnakan pelangi pada kek tu hehe suka betul warna warni ni..macam budak2 pun ada c;


Ini semua 5 kek lapis siap di masak. Tengah tunggu sejuk kemudian oleskan strawberry filling sikit sebelum digulung

Setiap 1 jenis ada 1 kecuali kek lapis oren ada 2 c:


Ini kek lapis legit yang siap di potong.

Erm sy tak merasa jenis y ini sebab beri pada opah teluk intan semalam

Tapi masa saya ber whatsapp dengan kak ipar, memang dia kata sedap!!

Uwahhh boleh kempunan ni nasib baek tak ngandung je hehe

Orait..Nanti2 nak ajak en hubby ke kedai bahan kek di belakang bangunan suk Ipoh tu..

Boleh menggulung kek lapis lagi c:



04 April 2014

Supplement Kalsium dan Bahaya Hypercalcemia

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan gejala tulang mudah patah dan kesakitan teruk ketika lanjut usia.

Penyakit ini dinamakan osteoporosis. Penyakit ini sangat menakutkan kerana tulang-tulang kita akan tiba-tiba patah tanpa sebab atau jika terjatuh sedikit.


Ok.Sempena promosi Ostematrix Buy 6 Free 1 bulan ini, sengaja saya up kan tentang post " Bahaya Terlebih Kalsium" c:

Berapa Keperluan Kalsium ?

Sebanyak ~1500 mg kalsium diperlukan untuk memenuhi keperluan harian badan kita

Kebanyakan sumber kalsium boleh diperoleh melalui diet pemakanan produk tenusu dan juga sayuran hijau

Namun begitu, pengambilan kalsium diet semata-mata selalunya tidak mencukupi untuk diserap secara optimum ke dalam badan.

Ini kerana ia memerlukan Vitamin D untuk membantu penyerapan ke dalam badan dengan kadar yang lebih baik.

Bahaya Hypercalcemia @ Terlebih kalsium

Walaupun ia bukanlah biasa, tetapi kalsium yang tinggi dalam badan boleh mendatangkan bahaya, terutamanya apabila ia mengganggu jantung menyebabkan arryhmia.

Diet berlebihan adalah antara punca hypercalcemia tetapi terdapat faktor utama lain seperti kanser, hyperparathyroid dan masalah kegagalan buah pinggang.

Apakah simtom2 terlebih kalsium?

Perumpamaan mudah ialah dengan frasa "moans, stones, groans, and bones."

Contohnya adalah masalah sembelit, tidak berselera,batu karang, masalah kencing,tertekan, mudah keliru, dementia dan sakit tuang/sendi bersama tulang yang mudah patah


Jadi, Siapa yang Perlukan Kalsium Tambahan?

Kebanyakan orang tidak memerlukan extra supplement kalsium kerana ia mudah diperoleh melalui diet.

Jadi, bagi mereka yang boleh mengambil produk tenusu,mereka tidak digalakkan mengambil supplement kalsium tambahan.

Bagi wanita menopause atau golongan warga tua pula, mereka antara golongan yang memerlukan kalsium tambahan.

Begitu juga wanita mengandung dan menyusu.

Untuk pesakit ESRF yang memerlukan dialysis, mereka turut memerlukan supplement kalsium (diberikan dalam bentuk kalsium karbonat (CaCO3) tetapi memerlukan pemantauan pihak hospital.

* sekadar perkonsian, jadi consult doktor anda masing2 yang c:





April 2014: Ostematrix Shaklee Buy 6 FREE 1


Bulan ini Shaklee membuat promosi Ostematrix pula bagi Buy 6 Free 1.

Mengapa Ostematrix Shaklee?

Ostematrix adalah formulasi untuk produk kalsium Shaklee dinamakan Ostematrix.

Istimewanya produk ini kerana ia didatangkan lengkap bersama Vitamin D, Zinc, Copper, Manganese, Boron.

*Mineral-mineral ini membantu untuk penyerapan yang maksimum ke dalam badan.

- Jenis calsium yang digunakan untuk formulasi Ostematrix adalah munggunakan calsium carbonate, calsium citrate dan calsium citrate malate. . Semua jenis calsium ini mudah dihadam dan diserap ke dalam badan.

- Formulasi ini juga adalah untuk memastikan matriks tulang kita lebih kuat dan sihat.

- Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* kredit kepada mommyiskandar c:

klik di sini untuk BAHAYA Hypercalcemia @ Lebih Kalsium

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)


♥ SMS/call/whatsapp/: 010- 2325408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com
♥ Pengedar shaklee anda di ipoh dan seluruh Malaysia: COD di kawasan Ipoh dan teluk intan/ tg malim mengikut kawasan)