Google+ Followers

Followers

Thursday, March 28

Resepi adik Qalesya: bubur nasi special c:

Alhamdulillah, demam adik semakin pulih. Sejak balik bercuti di island kelmarin, memang tak senang duduk dibuatnya. Bahkan hari Isnin lepas jugak asyik teringat kat adik je ms oncall di tempat kerja...

Rasanya panas dah berkurang. Tapi tidur malam tadi, memang tak lena dibuatnya. Hampir setiap jam adik akan bangun menagis. Bila disusukan, terus tertidur semula.

Jadi, hari ini saya terpaksa ambil EL. Kesian tengok adik, semalam pon kat rumah pengasuh makan langsung tak mahu. Petang semalam saya cuba jugak beri adik makan lagi di rumah. Tak nak juga, sampai saya pulak yang terpaksa habiskan 2keping Farley adik yang dah lembik tu hehe

Kul 8pg hari ni adik dah tido. Bolehlah buat projek dalam sejam kat dapur ni. Projek istimewa untuk adik:
BUBUR AYAM BERSAMA CARROT SPECIAL c:



Bahan2:
-1 mug beras yang dibasuh
-1/4 ayam yang dipotong kecik2
-sedikit garam
-1 batang karot dibuang kulit

Cara2 nya mudah sangat:

Peringkat pertama:

1. Masak bubur nasi seperti biasa: masak beras bersama air dan ayam.
2. Periuk kena besar ye sebab nanti buih bubur melimbuk habis perisa ayam tu hehe
3. Bila nampak nasi tu da masak dan pecah2 maka jadilah bubur!! Opss jangan lupa sebelum tutup api masukkan sedikit garam ye ( “ ,)

**

Ha…yang peringkat pertama ni, saya sengaja buat banyak sebab untuk saya dan suami yang makan.
Biasanya makan bersama ikan bilis atau ikan masin goreng bersama bawang dan cili..ermm memang pergh laa hehe dan lagi best kalau tambah dengan serunding daging Kelantan.. hehe

Peringkat kedua:

1. Sebelum masukkan garam tadi, ambil dalam 3 senduk bubur, masukkan dalam periuk kecik lain
2. Masukkan karot yang telah dipotong bulat2, masak sekali lagi sehingga karot agak lembut

**tak perlu lama2 sampai karot tu lembik, cukup sekadar boleh dipotong dengan sudu

3. Biarkan sejuk di atas dapur, kemudian blander!!

4. Tada..!! Tersedia breakfast special untuk adik hari ni!! Nyum nyum..

***

Oh..Apa yang special nya tentang bubur blender ni?? Semua orang pon boleh masak bubur nasi kan?? hehehe

Haaaa sebab mama buat dengan penuh kasih sayang pada adik Qalesya yang tengah demam tu la..hehehe yang penting makan pagi ni adik habis satu mangkuk..Alhamdulillah.. c:



Sunday, March 24

Tips Penyusuan ibu bagi Wanita bekerja

Alhamdulillah..sy masih berjaya terus menyusukan adik Qalesya yang kini masuk usia 8bulan. Bukan mudah bagi wanita bekerja nak terus menyusukan bayi sepenuhnya bukan? Tapi, usaha tangga kejayaan!!

Yang penting, niat kene kuat dan kene ade suatu pendorong kuat supaya kita mampu meneruskan penyusuan ibu. Kadang2 kita juga perlu pekak kan telinga pada sumber2 negatif yang boleh kita patah hati.

Jangan lupa, menyusukan anak itu adalah anugerah hebat Allah yang perlu kita teruskan selagi mampu, ye tak? c: Hehe apa pun bagi saya, pendorong utama tentulah en suami kesayangan sy sendiri, malah sekarang pon beliau beriya2 mahukan sy terus menyusukan adik sehingga 2 tahun..hehe Insya Allah.

Jadi,penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Yang pernting, kita perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja nanti.

Perkara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Masa mula memerah susu ibu

1.Langkah pertama untuk meneruskan penyusuan anak adalah minda yang positif dan bersedia.

Sebaik sahaja selepas habis berpantang, ini adalah saat yang paling sesuai bagi memulakan proses memerah (lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit) dan menyimpan susu ibu.

Selewat- lewatnya, memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Namun ini adalah amat tidak digalakkan memandangkan minda dan badan perlu bekerja secara 'last minute', tambahan pula kita perlu bersedia dengan stok susu ibu sepanjang kita bekerja.

**
Sy juga sebenarnya lewat membuat keputusan bagi fully breasfeed baby ni. Risau awalnya takut menyusahkan ibu di kampung yang terpaksa handle susu sejuk yang perlu dipanaskan nanti. Nasib baiklah pengasuh kata 'ok', terus bersemangat semula. 3minggu sebelum kerja, baru buat stok. Bila masuk kerja, stok susu kurang. Alhamdulillah sy jumpa supplement breasfeeding shaklee-->stok banyak semula. Malah sampai beli fridge baru lebih besar!! ( ",)

2.Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan

Cara yang paling digemari ibu masa kini adalah dengan menggunakan pam susu. Manual atau elektrik?? Ini terpulang kepada diri masing2. Bagi saya,penggunaan pump manual lebih mudah kerana lebih ringan dibawa dan mudah digunakan (tidak perlu mencari soket elektrik c: dan lebih menjimatkan). Tapi untuk 'power pumping' penat skitlah, sebab terpaksa bersenam lebih untuk 1-2jam hehe

Oh ya, semua ibu adalah amat2 digalakkan untuk belajar cara memerah susu dengan tangan ya: terutamanya ketika kecemasan!! c:

- Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
- Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting
- atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.



Langkah 1: Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
Langkah 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.

-Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.

Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara

Menyimpan susu yang telah diperah.

Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
-->Bekas dadih kecil adalah yang paling sesuai.
-->Boleh juga simpan dalam botol 5-6 oz tu, tapi pastikan ada sedikit ruang kosong bagi susu membeku.

Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas (tarikh dan masa) sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.

Jangan campurkan susu yang telah lama sejuk bersama susu yang baru di perah ya (biasanya saya biarkan dulu dalam bekas berasingan dalam peti ais bawah selama 1-2jam, kemudian baru campurkan untuk disimpan)

Susu yang telah diperah boleh disimpan

- pada suhu bilik 26°C selama 3-4 jam
- di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian bawah peti sejuk
- di bahagian sejuk beku yang mempunyai 2 pintu adalah selama 3 bulan.
- dalam deep freezer, tahan sehingga 6 bulan

**Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.

Cara Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda

Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.

- Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.

- Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.(sy suka gunakan warmer: lebih mudah, dan tak de lah pengasuh asyik kene masak air panas je hehe dan yang penting sushu susu itu akan 'maintain' dalam susu yang di tetapkan ~ 40 degree)

- Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.

- Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Bagaimana Mengajar bayi minum susu yang telah diperah??

Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah selewat- lewatnya 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Gunakan jadual berikut sebagai panduan:


Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.



sumber:

MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Sunday, March 17

Masak Lemak Labu Manis

Semalam masa berjalan2 di tesco, ternampak sayur labu. Alamak, teringin la pulak nak makan sayur labu dengan ikan masin+ sambal belacan. Hari ni, nasib baik adik yang berada di taiping nak dating ke rumah. Hehe baru ade geng nak makan sayur labu.

Dalam pukul 7petang, lepas adik menyusu saya terus p dapur. Bersemangat betul nak masak. Adik qalesya pulak pass kat daddy untuk ditidurkan hehe yelah super daddy lah katakan, Alhamdulillah bukan senang nak dapat suami penyayang serba boleh macam ni hehe tq daddy!!



Ok. Selepas 2 jam, baru siap semua lauk untuk makan malam. Cuma tunggu pak ndak masuk parking kete je lagi hehe

- Ayam masak kicap
- Ikan siakap mask 3 rasa
- Masak lemak labu
- Ikan masin goreng
- Sambal belacan

** Semua lauk2 atas, atas permintaan tukang masak iaitu saya sendiri, my super daddy cuma request ayam masak kicap je hehe

Ini saya sertakan resepi masak lemak labu: tak sia2 jugak rupanya rajin melepak kat dapur zaman muda2 dulu ya hehehe apapun t. kasih banyak2 buat emak di kampung sebab sudi berkongsi resepi di telefon tadi!! C:

Labu masak lemak

Bahan2:

1. ¼ bahagian labu dibuang kulit dan dipotong dadu
2. 1helai daun kunyit disimpul
3. 2 helai daun limau purut
4. 1 batang serai
5. Ditumbuk: 3ulas bawang merah+2 ulas bawang putih + 2bj lada api merah + 1sudu the lada hitam
6. Pati santan ½ biji

Cara- caranya:

- Rebus labu dengan air (air jangan melebihi paras labu)+ bahan yang telah ditumbuk
- Setelah mendidih, masukkan pati santan, serai, daun limau purut dan daun kunyit.
- Kaup timbukkan kuah labu sehingga semuanya masak sebati

* jangan tinggalkan masak labu lame tidak dikacau bagi mengelakkan kepala santan naik
* elakkan guna santan segera atau santan lama yang telah disimpan di peti, nanti kurang ‘kaww’ hehe
* dan juga, jangan terlalu bersemgat kacau/gode2 masak lemak labu ni, sebab nanti labunya hancur pula hehehe ini pengalaman sendirik masa kecik2 dulu..tapi sedap juga rasanya cume tak cantik la hehe

Rasanya memang terdapat beberapa versi masak labu, tapi apapun masal lemak labu memang superb bila dapat makan dengan ikan masin!!

Selamat mencuba!!

Friday, March 15

GLA complex Shaklee vs Evening Primrose Oil (EPO)

Semalam saya berjumpa dengan kak A antara staff yang paling berpengalaman di sini. Beliau mahu kan botol GLA complex yang ke- 2.

Walaupun sibuk, sempat juga saya bertanya pengalamannya setelah mencuba GLA complex Shaklee selama 2bulan sudah.

katanya, memang gembira sebab periodnya mulai kembali normal dan regular seperti dulu, malah period pain(dysmenorrhoea) juga berkurangan!!

Hehe dan dengan tersipu juga beliau menyatakan breast nya menjadi kembali tegang dan mantap seperti kembali muda!! c:

** oh ya, tujuan sebenar Kak A menggunakan Shaklee GLA Complex bagi tujuan membantu mengecutkan ovarian cyst: GLA complex + vitamin E + doa kurangkan bengkak).

Jadi GLA complex Shaklee sememangnya amat popular dari aspek pengatur semula hormon tubuh, malah banyak membantu mereka yang masih belum hamil walau sudah lama berkahwin!!




APA ITU GLA ? YANG PENTING, IA BUKAN UNTUK WANITA SAHAJA OK C: !!

Supplement GLA asid linoik sama penting seperti asid amino, tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia: hanya diperoleh daripada makanan.

Oleh itu, ia amat penting bagi kanak- kanak, remaja, dan juga selepas menopaus dan andropaus (lelaki).


PERBEZAAN GLA SHAKLEE:

- GLA (gamma-linolenic acid (GLA) di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO) vs GLA Shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi 2x ganda GLA daripada EPO

- Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailbiliti dan 3x lebih berkesan dari Evening Primrose Oil (EPO)

- GLA dari borage Shaklee adalah hasil yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan

- 1 kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana adalah sumber terbaik omega-6

- Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya

- Anti -oksidan yang dipatenkan

- Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan


MANFAAT UTAMA:

* Herba tradisi: antara kegemaran orang Barat, bagi merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

* Mengawal selia estrogen dan testosteron: GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payu dara

* Melambatkan menoupaus: pengambilan jangka masa panjang melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda

* Memperbaiki prostatomegaly dan masalah kerap kencing

* Membantu mudah hamil: membantu menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur-->yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.

* menentang kanser: GLA adalah anti- oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menhalang pertumbuhan sel kanser

* Memperbaiki inflamasi kulit, eczema, alergi, kulit kering, tinea dan kurap.Melegakan sakit dari rheumatisma dan arthritis

* Menghalang komplikasi diabetes: berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua, melegakan kebas

* Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan

* Menghalang tekanan darah tinggi

* Memperbaiki tekstur rambut

* Dibukti secara klinikal GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak2 berautisma, sukar beri tumpuan belajar dan hiperaktif


CADANGAN PEMAKANAN:

Untuk memelihara kesihatan: 1 kapsul 2x sehari (lepas makan)
Untuk menopaus, pelangsingan, hiperaktif: 2kapsul 2x sehari (lepas makan)


Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.

Monday, March 11

Bayi G6PD dan set penyusuan Ibu Shaklee

Sudah lama rasanya saya tak up date blog. Maklumlah, minggu yang paling sibuk telah bermula: menghabiskan tugasan EOD on call yang amat memenatkan c:

Ok. Hari ini kami baru sahaja kembali ke penang. Jumaat lepas kami bermalam di teluk Intan, menghantar abang long hazim haziq untuk tinggal di kampung :c

Erm, memang sedih sangat bila kurang suara nakal abang long hazim. Kalau tak, nakal juga dia mengusik adik Qalesya (nakal tetapi sayang..mesti nak baring betul2 dekat ngan adik hehe). erm Tak sabarnya nak tunggu 3minggu lagi,bila habis oncal= maka minggu ceria di rumah bersama abang long hazim dan adik qalesya kembali!!yeayy!!

Bercerita tentang balik kampung, jumaat lepas, suami sempat singgah di branch Shaklee Penang. Kami membeli set penyusuan bagi saudara di sebelah sana. Anaknya yang baru dilahirkan disahkan kurang enzim g6pd@'g6pd defiency'.

Buat ibu- ibu yang mengalami situasi yang sama, 'g6pd deficiency' bukanlah suatu yang anda perlu risaukan, Namun anda dan family cuma perlu lebih berhati- hati dalam memberikan sebarang makanan, ubatan mahupun pendedahan terhadap barang tertentu, bagi mengelakkan berlakunya 'krisis'.

Apapun, kita semestinya bersyukur kerana sekarang sudah terdapat banyak pendedahan umum dan penyelidikan bagi golongan 'g6pd defiency' ini.Malah setiap ibu yang anaknya disahkan terlibat pasti akan mendapat penerangan lebih terperinci bersama pamplet G6PD sebelum dibenarkan keluar ward.

Set Penyusuan Bagi ibu yang mempunyai anak G6PD Deficiency:

Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix
Vitalea + B complex + Vitamin C + Ostematrix + ESP




Apa itu 'G6PD defiency'??
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosis@ Cara mendapat tahu seseorang itu 'G6PD defiency'??

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita, semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah daripada tali pusat.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Apakah Gejala/Tanda-tanda G6PD Deficiency??

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus.

- Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad sekurangnya 5hari kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundis) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk : Akibat daripada kekurangan darah

++ kelihatan pucat
++ tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
++ pening
++ degupan jantung yang laju
++ sukar bernafas
++ sakit dada
++ Akibat daripada hemolisis

jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Pemahaman secara mendalam mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis (senarai ubat-ubat serta bahan-bahan seperti di Rajah 1).

Hemolisis juga akan berlaku jika mereka termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat seperti di Rajah 1 di bawah agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda memaklumkan doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan

Rajah 1 : Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis




sumber:

1. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia:http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/kekurangan-enzim-g6pd
2. Shaklee Malaysia




Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui:

Najmi bte Anuar (Shaklee ID 854348)
call/sms/whatsapp/viber:019-6695408
atau email di mommyqalesya@gmail.com

Monday, March 4

Vivix Shaklee: produk anti penuaan terbaik!!

Memperkenalkan Vivix™, produk revolusionari ANTI- PENUAAN TAHAP SELLULAR!!

++ Merupakan supplemen TERBAIK di dunia dibangunkan Shaklee selepas penyelidikan bertahun2

++ Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.




Kandungan ViVix:

- campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu (kaya dengan polifenol)
- Polifenol @ kumpulan fitokimia; sebatian tanaman y mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
- Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya EKSKLUSIV UNTUK SHAKLEE!!

Bagaimana Vivix bertindak??

Dengan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap sellular

1. Melindungi dan membaiki sellular DNA
-->perlindungan anti oksidan

2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetic
-->PROMOTE GOOD HEALTH AND WELL BEING
-->Menyokong kesihatan sendi dan otak

3. Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
-->Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel
-->Menyokong kesihatan kardiovaskular (jantung)

4. Melambatkan Protin AGE (Advanced Glycation End Product)
-->ramuan vivix adalah 10x LEBIH KUAT dari resveratrol (kandungan unik anggur “miscadine”) untuk
melambatkan pembentukan protin AGE
-->kekebalan dipertingkatkan

**
Anggur Muscadine adalah anggur liar yang mempunyai tambahan 20 kromosom. Saiznya sebesar bola golf!!
Kerana pertumbuhan alam sekitar yang unik dan cahaya matahari yang kuat; ia mengandungi banyak polifenol dan resvetrol. Maka, menyediakan lebih banyak faedah kesihatan!!

Jadi, inilah jawapan kepada customer saya:
VIVIX Shaklee sebagai satu lagi produk ANTI- PENUAAN hebat dari Shaklee selain collagen Powder Shaklee!!


Sila hubungi saya bagi sebarang konsultasi:

Your Shaklee Independent Distributor:
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com

Sunday, March 3

Set D Shaklee: Mendapatkan kulit cantik tanpa ribuan ringgit pelaburan!!

Apa itu Set D Shaklee??

Set D shaklee adalah antara HOT ITEMS Shaklee yang sering mendapat permintaan customer.

Mudahnya, Set D = vitamin B/C/E!!

Vitamin B



- Mengandungi 8komponen: B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin (100% RDA untuk asid folik dan biotin)

- Manfaat Utama:

* Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga
* Mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
* Melawan tekanan (stress):sekaligus meredakan sakit kepala, kemurungan dan imsomnia
* Membantu tumbesaran sihat bayi dan kanak2
* Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban
* Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak
* Menguatkan memori dan daya pemerhatian/focus
* Mencegah anemia (kekurangan sel darah merah)
* Meredakan senggugut
* Mencegah pericche: rekahan mulut, jangkitan lidah dan nafas berbau
* Deoksifikasi: meredakan alahan


Vitamin C



- Datang dalam bentuk sustained release, di mana setiap tablet = 7biji setengah buah termsuk kulitnya (500mg)
- Terbukti dalam ujian; vit C dalam 2tablet vitamin Shaklee mampu kekal di dalam plasma darah selama 24jam!!

- Manfaat Utama:

* Membentuk kolagen: mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
* Memperbaiki symptom pendarahan: mengelakkan gusi berdarah, lebam, pemulihan kecederaan/luka lebih cepat
* Peningkatan system imun :membina sel darah merah yang sihat dan membantu sel darah putih menentang bacteria
dan kuman;pertingkat alergi hidung dan kulit, asma
* Memerangi kanser: meningkatkan interferon semulajadi tubuh, menghapukan radikal bebas
* Mencantikkan kulit: bagi kulit yang lebih cerah, melambatkan proses penuaan, menyekat pembentukan pigmen
(penyebab utama jeragat)
* Memperbaiki insomnia
* Mengekalkan kolestrol sihat



Vitamin E




- Dibuat dari minyak soya organik dan biji gandum, digabungkan 8 jenis vit E--> vit E PALING LENGAKAP di pasaran!!
- Mengandungi 10mg selenium semulajadi, membantu tubuh menyerap vitamin E dan pengnyahtoksik semulajadi logam berat

- Manfaat Utama:


* Melindungi jantung
* Mempertingkatkan kemampuan reproduktif: lelaki bagi pengambilan 600IU-800IU vit E sehari mampu menigkatkan
kitaran sperma
* Anti Penuaan: 1 kapsul sehari bagi melambatkan penuaan, mengurangkan kedut halus, akne dan bintik penuaan
* Anti Oksidan yang kuat: berkesan melawan kanser, tingkat imun system, haling/lambat pertumbuhan kanser,
mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
* Kelestarian tenaga seksual
* Memperbaiki arthritis
* Menghalang keguguran: merawat musculus pectoralis otot, sindrom pra haid dan menopaus
* Memperbaiki parut: terutamanya bengkak dan ulser kulit- boleh dikenakan terus pada kulit


Mahukan kulit yang lebih cantik lagi?? Inginkan hasil yang lebih cepat??

- Set D + Extra Protein ESP!!
- Set D + Extra Protein ESP + Collagen Powder Shaklee!!


Energizing Soy Protein (ESP)


Collagen Powder Shaklee







** Perlu diingatkan keberkesanan produk juga bergantung kepada individu dan fakto2 lain. Namun, Insya Allah dengan Shaklee anda bukan sahaja mendapatkan kulit yang cantik, malah kesihatan tubuh badan yang berpanjanngan.



Jadi, apa tunggu lagi?
Cepat hubungi saya bagi konsultasi kulit cantik dengan produk Shaklee.
Nyatakan budget anda, Insya Allah saya dapat membantu c:

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com







Saturday, March 2

Shaklee's Special Promotion March 2013: Ostematrix (6+1)

Benarkah anda masih muda, maka tulang tetap kuat??

Ya, malangnya mungkin anda tidak berada dalam kategori di atas!!

Pernyataan ini hanya bagi mereka yang benar2 mengamalkan cara hidup sihat dan mendapat pemakanan nutrisi yang lengkap, mengikut piramid makanan.

Jadi, jika anda bukan seorang yang benar2 cerewet dalam pemakanan,vegetarian, malah sama sekali bukan penggemar susu 4gelas sehari: OsteMatrix™ SHAKLEE adalah jawapannya!!

Bulan March 2013 ini, Shaklee mengadakan promosi hebat: setiap pembelian ostematrix 6 botol layak mendapat 1 botol PERCUMA!!!



Mengapa Ostematrix penting??

Tulang merupakan struktur utama tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.Jadi , mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Ostematrix Shaklee: Lebih daripada Sekadar Kalsium


- OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.

- mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese
- Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
- Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

MANFAAT UTAMA:

++ menguatkan tulang: kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Juga merawat tulang retak dan osteomalacia (rickets dewasa)

++ memperbaiki kekejangan dan kebas- kebas (terutamanya bagi ibu yang sedang hamil, perlu diingatkan bahawa tumbesaran bayi bayak memerlukan kalsium dari ibu: maka pengambilan kalsium amat penting)

++ memperbaiki masalah haid: kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan dysmenorrhoea (sakit ketika haid) dan membantu membuang kencing

++ pengalkalian tubuh: oleh kerana kalsium adalah mineral alkalin, ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Juga menghalang obesiti di waktu tua dan membantu sel menyerap nutrient dan meransang detoksifikasi

++ memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

++vitamin D:meningkatakan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, dan penyakit periodontal.

**Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari pada musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak2 perlu mengambil supplement vit D

++ Magnesium: merupakan ion positif tubuh. menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistemsaraf, mengaktifkan enzim tubuh, pengecutan otot dan menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, dan menghalang endapan kalsium: mengurangkan formasi batu karang dan hempedu

++ zink, boron, manganes, kuprum: memelihara metabolisma kerangkan dan tumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan dan mengahalang arthritis


Cadangan pemakanan:

1. bagi tujuan pemeliharaan kesihatan: 2x sehari, 2tablet setiap kali (selepas makan)

2. bagi masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas- kebas: 2x sehari, 3tablet setiap kali

3. bagi tulang retak, osteoporosis: 3x sehari, 4tablet setiap kali


mari lihat testimoni salah seorang pengguna ostematrix shakle c:



sumber: Shaklee Malaysia

Berminat??Cepat hubungi saya,mommy Qalesya :

Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Najmi Anuar (ID 854348)
♥ SMS/call/whatsapp : 019- 6695408
♥ Email: mommyqalesya@gmail.com